sesiapa pun boleh menangiskan..manusia dilahirkan semulajadi mempunyai perasaan dan hati..namun sebagai umat Islam tangisan yang dilarang adalah di dalam bentuk negatif seperti meraung, menjerit, dan melolong sekuat hati apabila ditimpa musibah yang amat berbeza dengan tangisan positif kerana ingatkan kebesaran Allah SWT.
setiap orang mesti pernah menangis tidak kira pada waktu kecil dahulu sehingga sekarang. seseorang menangis disebabkan pelbagai perkara seperti dihina, disakiti, difitnah dan dizalimi adalah perkara biasa. ada pepatah lama menyebut " tangisan seperti hujan yang turun, walau selebat mana pun pasti akan reda jua" . ada juga sesetengah orang beranggapan yang menangis itu adalah sebagai ubat kesedihan.manusia punyai alasan tersendiri untuk menangis kerana manusia mempunyai perasaan suka, duka, hiba, tawa dan sedih. ada juga yang beranggapan menangis itu tandanya seseorang itu mempunyai sifat lemah walhal Islam tidak melarang umatnay untuk menangis malahan Rasullullah SAW dan para sahabat juga pernah menangis.
Tangisan dari Sudut Sains
1. menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib bagi kesihatan tubuh dan fikiran.
2. air mata ternyata membantu mencerahkan penglihatan seseorang. cecair yang keluar dari kelopak mata dapat mencegah 'dehydration' pada mata.
3. air mata turut mengeluarkan hormon stress yang ada dalam tubuh badan manusia.
4. membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
5. meningkatkan kemampuan berkomunikasi. biasanya seseorang akan bercerita dan meluahkan perassan dihadapan teman karib.
6. melegakan perasaan. sistem perjalanan otak dan jantung akan lebih lancar sehingga seseorang itu merasa lebih tenang dan lega.
credit to Milenia Muslim magazine Jun 2011
p/s: menangis tu benda biasa la bagi kita manusia..aku pown selalu jugak menangis bila perasaan aku terguris, hati aku disakiti..pape pun buang yang keruh amik yang jernih...heeeee...
hemm..dah lama tak menangis, kalau ada pun simpan sorang2 dan hanya pd Allah tempat kita mengadu...
ReplyDeletezanafahmi : huhuhu..pd Allah je tmpt kite ptot mngdu...
ReplyDelete